13 Reasons Why

13 Reasons Why (makna harfiah: "13 Sebab Mengapa"; digayakan pada skrin sebagai TH1RTEEN R3ASONS WHY) adalah sebuah siri televisyen web drama remaja misteri Amerika Syarikat yang berdasarkan pada novel tahun 2007, Thirteen Reasons Why oleh Jay Asher dan diadaptasikan oleh Brian Yorkey untuk Netflix. Siri ini berkisarkan tentang kehidupan seorang pelajar sekolah tinggi, Clay Jensen dan rakannya Hannah Baker, yang telah membunuh diri selepas melalui siri keadaan yang tidak menyenangkan oleh beberapa individu di sekolahnya. Satu kotak yang dipenuhi dengan pita kaset yang dirakamkan oleh Hannah sebelum membunuh diri menceritakan 13 sebab mengapa dia menamatkan hayatnya.Yorkey dan Diana Son menjadi pengendali rancangan untuk siri tersebut. Siri ini dihasilkan oleh July Moon Productions, Kicked to the Curb Productions, Anonymous Content dan Paramount Television. Pada asalnya sebagai satu set filem yang akan dilancarkan oleh Universal Pictures dengan Selena Gomez akan memainkan watak Hannah Baker, adaptasi itu kemudiannya beralih kepada atu siri televisyen oleh Netflix pada lewat tahun 2015. Musim pertama dan episod khas 13 Reasons Why: Beyond the Reasons ("13 Sebab Mengapa: Di Sebalik Sebab") telah dilancarkan di seluruh dunia di Netflix pada 31 Mac 2017.

13 Reasons Why

Penggubah Eskmo
Bahasa Inggeris
Negara asal Amerika Syarikat
Syarikat pengedaran Netflix
Penerbit eksekutif
Pelakon suara Katherine Langford
Lagu pembukaan "Oh in This World of Dread, Carry On" oleh Eskmo
Penerbit Joseph Incaprera
Format gambar 4K (Ultra HD)[1]
Pemasangan kamera Ekakamera
Syarikat penerbitan
Siaran asal 49–70 minit
Format
Berdasarkan daripada Thirteen Reasons Why oleh Jay Asher
Bilangan episod 26 (Senarai episod)
Penyunting Leo Trombetta
Dibintangi oleh
Bilangan musim 2
Saluran asal Netflix
Dibangunkan oleh Brian Yorkey